“Terima Kasih Lah Pada Yang Tak Bertamadun” Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan Sehingga 14 April, Rupanya Ini Sebabnya

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pun mengumumkan bahawa perintah kawalan pergerakan akan dilanjutkan bagi tempoh dua minggu lagi sehingga 14 April depan. Tindakan ini amatlah tepat agar usaha untuk menghentikan wabak Coronavirus di negara ini berjaya.

Namun, ada juga sesetengah pihak yang marah dengan penambahan tempoh PKP ini kerana katanya menghalang kebebasan rakyat. Bukannya saja-saja buat benda ni. Ingat best ke duduk terkurung je kat rumah kan. 

Rupanya, tempoh ini telah dilanjutkan kerana jumlah pesakit berkemungkinan akan bertambah berikutan ramai yang telah ingkar arahan dengan balik kampung sebelum 18 Mac lalu, lapor Sinar Harian.

Selain itu, menurut Dr Hanafiah Bashirun, Pakar Kesihatan Awam, pembelian panik yang dilakukan secara beramai-ramai juga boleh menyebabkan jangkitan dan sekali gus jumlah pesakit akan bertambah.

Menurut beliau lagi, kerajaan bimbang kes baru semakin meningkat jika tempoh kawalan pergerakan ditamatkan pada 31 Mac depan. Sekarang ni pun masih ramai lagi yang ingkar arahan polis. Siap ada yang pergi jogging weh! 

Jika rakyat masih berdegil, berkemungkinan juga PKP akan diteruskan lagi.

Jadi, kalau korang nak sambut bulan Ramadhan dan Hari Raya dengan meriah, tolonglah duduk rumah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA

Sumber : Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Terima Kasih Lah Pada Yang Tak Bertamadun” Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan Sehingga 14 April, Rupanya Ini Sebabnya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*