Melihat jumlah jangkitan dan kematian semakin meningkat akibat virus Covid-19 di negara kita, sememangnya mendatangkan kerisauan buat seluruh rakyat.
Bagaimana pun, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia bersama kakitangan mereka tetap komited dalam memerangi wabak pandemik ini.
215 pesakit mula sembuh
Difahamkan, setakat ini KKM mengumumkan bahawa sejumlah 215 kes positif di Malaysia telah berjaya sembuh dan dibenarkan keluar hospital pada 26 Mac 2020.
UPDATE: Seramai 2⃣1⃣5⃣pesakit #COVID19 di negara ini berjaya disembuh dan dibenarkan keluar hospital setakat 12pm, 26 Mac 2020.
Ini termasuk 1⃣6⃣ lagi pesakit terbaru yang telah sembuh dan discaj.
Tahniah👍 dan terima kasih 🙏kepada anggota kesihatan KKM. pic.twitter.com/UzlnNs9tuc
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) March 26, 2020
KKM juga turut menyatakan bahawa, jumlah tersebut merangkumi 16 lagi pesakit terbaru yang juga turut dilaporkan telah sembuh dan dibenarkan pulang ke rumah.
Terima kasih & syabas
Angka itu juga boleh dikira sebagai satu pencapaian yang baik buat petugas perubatan yang sanggup berkorban tenaga dan masa, demi memberikan yang terbaik untuk para pesakit.
Tidak terungkap dengan kata-kata, ucapan tahniah dan terima kasih diucapkan buat para petugas yang terlibat. Semoga Malaysia dapat segera pulih daripada wabak virus ini.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA
Sumber :Kementerian Kesihatan Malaysia
PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Be the first to comment on "Syabas Dan Tahniah Buat Petugas KKM, 215 Kes Positif COVID -19 Berjaya Sembuh"