“Siram Pokok Di Pejabat?” Pengguna Jalan Raya Guna Alasan Tak Munasabah Untuk Keluar Rumah Sewaktu Sekatan Jalan Raya

Semenjak arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dilaksanakan pihak polis dibantu oleh pasukan askar telah membuat beberapa sekatan bagi mengawal pergerakan pengguna jalan raya. Hal ini bertujuan untuk menghentikan rantaian wabak Covid-19 ini semakin merebak kepada lebih ramai orang.

Namun, mungkin masih ada segelintir pihak yang masih tak faham dan tak tahu lagi apa kesan dan akibat daripada wabak ini sehingga ada yang sanggup memberikan alasan yang tak logik dan munasabah kepada pihak polis supaya dapat ‘lepas’ daripada sekatan jalan raya tersebut, lapor Berita Harian.

Sebagai contoh ada yang memberi alasan nak pergi hantar kek, nak pergi beli surat khabar malah ada juga individu yang mengatakan nak keluar sebab nak siram pokok di pejabat. Korang, pokok mati boleh ganti lagi, kalau nyawa hilang tak boleh ganti dah.

Tapi ada yang lebih mengejutkan dimana ada individu yang tinggal di Shah Alam nak pergi beli barang dapur waktu ditanya dalam sekatan jalan raya di Plaza Tol Damansara. Uish, jauhnya beli barang dapur. 

Itulah alasan yang diterima oleh pihak polis yang bertugas untuk sekatan jalan raya sekitar Petaling Jaya.

Namun, tak ada laporan mengatakan anggota ibu pejabat polis daerah (IPD) Petaling Jaya dimaki dan dicerca susulan sekatan jalan raya yang dibuat.

Rata-rata netizen juga turut berasa bengang dengan individu yang bagi alasan macam tu waktu sekatan jalan raya dalam tempoh PKP ni.

Siram pokok nate beruk mung la

Tolong kesian dekat rakyat Malaysia yang lain 

Korang kalau nak keluar rumah tu biar untuk urusan yang penting je. Tak penting duduk diam-diam kat rumah sampai PKP tamat. 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA

Sumber :Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Siram Pokok Di Pejabat?” Pengguna Jalan Raya Guna Alasan Tak Munasabah Untuk Keluar Rumah Sewaktu Sekatan Jalan Raya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*