“Seorang Lagi Tabligh MeninggaI Dunla,” Jumlah Kematlan C0vid-19 Cecah 21 Kes

Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) melaporkan satu lagi kematian koronavirus baru (Covid-19) hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, laporan tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 21 kes.

Menurutnya, kes kematian ke-21 (kes ke-1588)) itu membabitkan lelaki tempatan berusia 63 tahun yang telah menghadiri perjumpaan tabligh di Masjid Seri Petaling.

Mangsa yang berlatarbelakangkan penyakit kronik mula mempunyai gejala dan hadir menjalani saringan pada 22 Mac 2020.

Hasil ujian telah mendapati positif sebelum dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada 23 Mac 2020. Ketika menjalani rawatan, kesihatan mangsa merosot sebelum disahkan meninggal dunia 4 pagi tadi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA

Sumber : Noor Hisham Abdullah

PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Seorang Lagi Tabligh MeninggaI Dunla,” Jumlah Kematlan C0vid-19 Cecah 21 Kes"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*