“Pak Nil Temubual Jururawat Mengenai C0vid-19” Buat Ramai Tersentvh

Memerangi penularan wabak ini memerlukan sokongan dan peranan setiap individu. Melihatkan barisan hadapan yang terdiri daripada pasukan perubatan, keselamatan seperti polis dan tentera serta yang lain-lain berkorban masa dan tenaga demi ‘melawan’ virus ini, membuatkan ramai terharu.

Menghadapi Covid-19, pengacara popular Datuk Aznil Haji Nawawi atau lebih dikenali dengan nama Pak Nil mengambil inisiatif menemubual beberapa jururawat yang terlibat secara langsung memerangi virus tersebut.

Menerusi perkongsian beberapa siri rakaman yang disiarkan oleh Pak Nil sendiri menerusi laman sosial miliknya, kelihatan individu yang ditemubual sebak dan menitiskan air mata menceritakan situasi mereka.

Berikut antara video terawal Pak Nil temubual jururawat mengenai Covid-19 yang dikongsikannya:

Frontliner yang terpisah dengan anaknya sendiri.

Rakaman bersama ibu yang anaknya bertugas sebagai frontliners.

 

View this post on Instagram

 

Wahai yg #Doggil korang tak ada mak ayah ke?

A post shared by Datuk Aznil Hj Nawawi (@aznilnawawihm) on

Menurut Pak Nil sendiri menerusi kapsyen yang dimuatnaik, ada juga pihak yang mengecam perbuatannya yang menyiarkan rakaman temubual ini. Namun dia menegaskan bahawa ianya hanya untuk memberi kesedaran kepada orang ramai yang tidak mengambil serius mengenai wabak Covid-19.

“Walaupun ada yg kecam Paknil dgn menuduh Paknil cari perhatian dgn cerita2 yg Pak Nil paparkan, sesungguhnya nawaitu sebenar adalah untuk memberi kesedaran kpd mereka yg masih ambil ringan ttg bahaya covid 19. Paknil tidak akan tunduk pd kata2 negatif” – Pak Nil

Di ruangan komen setiap video Pak Nil temubual jururawat itu membuatkan ramai yang turut tersentuh dengan pengorbanan barisan hadapan ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA

Sumber: Instagram Datuk Aznil Haji Nawawi

PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Pak Nil Temubual Jururawat Mengenai C0vid-19” Buat Ramai Tersentvh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*