“Nak Kena Kuarantin Berapa Lama Lagi” Ayda Jebat Dedikasi Ucapan Hari Polis, Beri Peringatan Kepada…

Penyanyi dan pelakon jelita, Ayda Jebat mendedikasikan ucapan bersempena sambutan Hari Polis yang diraikan semalam.

Menerusi entri terbaru di laman Instagram Ayda, pelantun lagu Mana Ada Hati itu berharap agar semua anggota polis terus bersemangat.


“Selamat Hari Polis Ke-213. Semoga warga PDRM akan terus kental dan bersemangat memberi khidmat demi menjaga kedaulatan, keselamatan, kesejahteraan rakyat dan negara Malaysia,” tulis Ayda.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Better Than You itu juga turut memberi peringatan kepada mereka yang masih ingkar dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berlangsung.

“AJ Force di belakang memerhati Pokemon-Pokemon yang masih keluar bersiar-siar, melepak dan membeli-belah. Stay Selfish? Nak kena quarantine berapa lama lagi?” tulisnya lagi.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan memutuskan untuk melanjutkan PKP sehingga 14 April 2020, di seluruh negara.

Sekadar info, Malaysia terpaksa akur selepas kes COVID-19 kini mencecah 1,796 orang dengan 20 rekod kematian.

Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan perkara yang boleh mencegah COVID-19!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : gempak

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Nak Kena Kuarantin Berapa Lama Lagi” Ayda Jebat Dedikasi Ucapan Hari Polis, Beri Peringatan Kepada…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*