“Mummy, Adakah Saya Akan Matl” Ibu Sayu Rintlhan Anak 5 Tahun P0sitif C0vid-19

SEORANG ibu mendedahkan anak lelakinya berusia lima tahun dijangkiti Covid-19.

Lauren Fulbrook, 30, dari Worcestershire, United Kingdom menjelaskan simptom-simptom yang dialami anaknya, Alfie termasuk suhu melebihi 42 darjah Celsius, halusinasi dan muntah-muntah.

Ibu kepada anak malang itu meluahkannya menerusi satu perkongsian di halaman Facebook.

Malah, dia turut mengingatkan kepada ibu bapa bahawa kanak-kanak kecil boleh dijangkiti Covid-19 dan mengalami beberapa gejala.

Alfie dimasukkan ke hospital kerana virus itu dan Lauren hanya mampu melihat anaknya terbaring tidak bermaya di atas katil.

Lebih memilukan apabila anaknya bertanya: “Mummy, adakah saya akan mati?”.

Ibu dua anak itu amat bimbang dengan keadaan anaknya.

“Koronavirus bukan satu jenaka. Janganlah pentingkan diri sendiri hingga memberi risiko kepada orang lain.

“Sebagai ahli keluarga kepada pesakit Covid-19, saya dapat merasai kesannya,” ujarnya dengan nada sebak.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Mummy, Adakah Saya Akan Matl” Ibu Sayu Rintlhan Anak 5 Tahun P0sitif C0vid-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*