“Lama Menyepi, Tup Tup Dah Jadi Tony Stark” – Imej Usop Wilcha Tarik Perhatian Netizen

Pelakon dan pelawak Usop Wilcha mencuri tumpuan wargamaya apabila tampil dengan imej mirip watak adiwira terkenal, Tony Stark ataupun Ironman.

Menerusi laman sosial Twitter, seorang pegguna @hanifjamals mengulang kicau satu video nyanyian yang dimuat naik oleh pelakon filem Hantu Kak Limah Balik Rumah itu.

“Peh lama menyepi tup-tup dah jadi Tony Stark,” kata pengguna tersebut.

Menerusi video berdurasi kurang dua minit itu, Usop atau nama sebenarnya Syed Mohamad Asri Syed Zainal Abidin menyanyikan lagu Lady sambil diringi petikan piano di rumahnya.

“Sejak #StayAtHome ni gila tak tau nak buat apa, teman nyanyi lagu kegemaran yang confirm teman nyanyi kalau pergi karaoke dulu, LADY. Khas untuk Lady-lady di luar sana. Versi 1/2 lagu je, mana lady-lady nak versi penuh DM teman, jantan-jantan senyap jangan nak sibuk,” tulisnya menerusi kapsyen video tersebut.

Hasil tinjauan Gempak di ruangan Twitter, rata-rata pengikut dan selebriti turut sama terhibur dengan nyanyian Usop.

“Amboi, tetiba teringat kat arwah Kenny,” ujar pelakon Bront Palarae.

“Pekatnya twirl R nye yop!!” kata penyanyi Adibah Noor.

“Laaaa kekande ucop ke, sekali lalu dekat timeline tadi ingatkan TONY STARK Bila nyanyi lagu orang putih tak perasan orang malaysia rupa-rupanya,” komen seorang wargamaya.

“Macam Ironman ada, macam Sham Visa pun ada,” usik seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, video nyanyian Ucop tersebut telah menerima hampir 250,000 tontonan daripada warga Twitter.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : gempak

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Lama Menyepi, Tup Tup Dah Jadi Tony Stark” – Imej Usop Wilcha Tarik Perhatian Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*