“Jual La Kasut, Baju, Jam Semua Tu” Netizen Jadi ‘Bitter’, Suruh Tomok Mengadu Kepada Persatuan Seni, Bukan Kerajaan

PELAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 14 April depan turut memberi kesan kepada penggiat seni tanah air.

Mewakili anak seni, penyanyi Tomok mengakui sumber pendapatan mereka terganggu kerana segala aktiviti berkaitan terpaksa ditangguhkan dan dibatalkan buat masa ini.

“Saya terdetik untuk memberikan sedikit pandangan saya berkenaan isu artis perlu bantuan kerajaan. Seperti yang kita tahu, negara berada dalam satu situasi di mana semua golongan terkesan dengan wabak Covid-19 ini.

“Golongan anak seni juga tidak terkecuali daripada menerima tamparan hebat apabila segala aktiviti seni kami tidak kira penyanyi, pelakon, pemuzik, kru penerbitan, produksi drama atau filem semuanya terjejas, ditunda atau terpaksa dibatalkan.

“Ia memberikan impak yang besar, penggiat seni menjadikan bidang ini sebagai sumber pendapatan mereka,” katanya menerusi laman Instagram.

 

View this post on Instagram

 

assalamualaikum semua..saya di sini terdetik untuk memberikan sedikit pandangan saya berkenaan isu ‘Artis Perlu Bantuan Kerajaan’ . seperti mana yang kita tahu sekarang,negara kita berada di dalam satu situasi di mana semua golongan terkesan dengan wabak Covid – 19 ini . golongan anak seni juga tidak terkecuali daripada menerima tamparan hebat ini di mana segala aktiviti seni kami tidak kira penyanyi,pelakon,pemuzik,krew penerbitan,produksi drama atau filem semuanya terjejas,ditunda atau terpaksa di batalkan . ianya memberikan impak yang besar pada mereka..di mana kebanyakan anak seni dan penggiat seni ini menjadikan bidang ini sebagai sumber pendapatan mereka . begitu juga dengan artis-artis senior tanahair yang kurang bernasib baik semoga pihak berwajib dapat membantu lagenda-lagenda kita ini . dengan pandangan saya ini,saya harap pihak kerajaan tidak terlepas pandang pada anak-anak seni dan penggiat seni . no one will be left behind . tomok

A post shared by Tomok (@tomokofficial) on

Tomok harap anak seni diberikan bantuan sewajarnya.

Bagi menghadapi saat sukar itu, penyanyi lagu Bekas Kekasih ini berharap kerajaan dapat membantu golongan selebriti yang kini sedang berdepan kesempitan hidup terutamanya artis senior yang tidak mempunyai pendapatan tetap.

“Begitu juga dengan artis-artis senior tanah air yang kurang bernasib baik… semoga pihak berwajib dapat membantu legenda-legenda kita ini.

“Dengan pandangan saya ini harap pihak kerajaan tidak terlepas pandang kepada penggiat seni. No one will be left behind,” ujarnya.

Sebahagian komen netizen terhadap cadangan Tomok itu.

Pandangan Tomok itu mengundang pelbagai reaksi daripada pengikut.

Selain bersetuju dengan cadangan tersebut, ada juga netizen yang berharap kerajaan mengutamakan rakyat yang lebih memerlukan.

“Semoga dipermudahkan… setuju dengan cadangan Tomok ini dan semoga semua rakyat dapat bantuan sewajarnya.

“Bukan ke ada persatuan anak-anak seni, cubalah buat tabung bencana, minta bantuan derma daripada peminat supaya dapat ringankan beban artis kurang berkemampuan.

“Sekarang ni semua orang sangat terjejas terutamanya peniaga-peniaga kecil yang hidup bergantung kepada gaji harian, bab artis ni baik mengadu pada persatuan seni bukan kerajaan.

“Masa dapat show sana sini tu mana semua duit? Biasalah orang kalau dah senang memang lupa.

“Rumah besar, kereta besar… harta banyak. Jual la kasut, baju, jam semua tu,” tulis pengikut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Jual La Kasut, Baju, Jam Semua Tu” Netizen Jadi ‘Bitter’, Suruh Tomok Mengadu Kepada Persatuan Seni, Bukan Kerajaan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*