Jemaah Menteri Sanggup Potong Gaji 2 Bulan, Demi Bantu Rakyat Terjejas Aklbat COVID-19

Sejak daripada peningkatan penularan jangkitan COVID-19, keadaan ekonomi negara juga turut terjejas, malah rakyat yang bekerja sendiri secara tidak langsung putus sumber pendapatan.

Sehubungan itu, Mesyuarat Kabinet pada 25 Mac 2020 telah memutuskan agar 2 bulan gaji YAB Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri dipotong dan disalurkan ke Tabung COVID-19.

Menteri potong gaji demi rakyat

Ia adalah sebagai inisiatif dah ikhtiar dilakukan pihak kerajaan untuk membantu mengurangkan beban masalah kewangan yang sedang dialami oleh rakyat masa kini.

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan, langkah ini membuktikan kesungguhan kerajaan untuk membantu mereka yang menerima kesan akibat penularan wabak COVID-19.

Tabung COVID-19 telah dilancarkan pada 11 Mac lepas sebagai usaha kerajaan membantu rakyat yang terjejas ekoran wabak itu. Sehingga semalam, jumlah sumbangan wang terkumpul termasuk geran kerajaan adalah sebanyak RM8,493,103.48.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA

Sumber :Pejabat Perdana Menteri

PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Jemaah Menteri Sanggup Potong Gaji 2 Bulan, Demi Bantu Rakyat Terjejas Aklbat COVID-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*