Elak C0VID-19, Syakirin Husnal Tidak Lagi Guna Alat S0lek Make-Up Artis

Pengacara Go Shop, Syakirin Husnal mendedahkan sejak penularan wabak COVID-19 dia sudah mula membawa alat soleknya sendiri ke tempat kerja.

Menurut Syakirin ia bagi mengelak dirinya daripada berkongsi alat solek dengan orang lain ketika disolek jurusolek.

“Sejak penularan wabak COVID-19, saya sudah mula bawa beg alat solek sendiri ke tempat kerja. Ini supaya mengelak daripada saya berkongsi produk dengan orang lain. Ia sebagai untuk mengambil langkah berjaga juga.

“Saya tiada masalah pun memakai alat solek jurusolek selama ini kerana mereka memang sangat menjaga kebersihan.

“Bagaimana pun, saya memilih cara yang selamat untuk pakai alat solek sendiri dan pakai apa adanya sahajalah,” katanya.

Syakirin berkongsi perkara itu di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik video yang menunjukkan alat solek yang digunakan.

Tambah Syakirin lagi, walaupun kerjayanya memerlukan dia bersolek setiap hari tapi dia perlu akui tidak mempunyai banyak alat solek.

“Walaupun kerja saya memerlukan saya untuk solek hampir setiap hari tapi sebenarnya saya tak ada banyak alat solek sendiri pun,” katanya lagi.

Jumlah pesakit COVID-19 di Malaysia semakin meningkat setiap hari sejak Januari lalu dan kini semua rakyat perlu mengikut Perintah Kawalan Pergerakkan selama dua minggu sehingga tempoh baru yang dilanjutkan iaitu 14 April 2020.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : gempak

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Elak C0VID-19, Syakirin Husnal Tidak Lagi Guna Alat S0lek Make-Up Artis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*