COVID-19,Malaysia Catat 20 K3s Kem@tian

Kementerian Kesihatan mengesahkan satu lagi kematian direkodkan lewat malam Rabu menjadikan jumlah kematian di negara ini adalah 20 kes.

Menerusi kenyataan di laman Facebooknya, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham memaklumkan satu lagi kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan.

“Kes kematian ke-20 ini merupakan kes ke-780, lelaki warganegara Malaysia berumur 76 tahun. Beliau telah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.

“Beliau telah dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai, Kelantan mulai 18 Mac 2020,” jelasnya.

Mangsa disahkan meninggal dunia pada 4.35 petang, 25 Mac 2020.

KKM turut mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa.

Terdahulu, dalam satu sidang media pada petang Rabu, Dr Noor Hisham memaklumkan empat kes kematian akibat COVID-19 dengan 172 kes positif menjadikan jumlah kumulatif di negara ini adalah 1,796 kes.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA

Sumber :Astro Awani

PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "COVID-19,Malaysia Catat 20 K3s Kem@tian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*