“Cari Rezeki Ketika PKP,” Abang Fo0dpanda S0lat Beralas Beg Depan Pagar Surau

Selain daripada barisan petugas kesihatan dan anggota pertahanan yang bekerja ketika Perintah Kawalan Pergerakkan ini, pekerja penghantar makanan turut sama berjuang berkhidmat untuk rakyat Malaysia.

Surau & masjid tutup kerana Covid-19

Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh pengguna Facebook dikenali sebagai Mohammed Sunaini Yusop, dia telah memuat naik satu video memaparkan seorang penghantar makanan sedang solat di depan pintu pagar surau.

Hal ini kerana ketika ini surau dan masjid terpaksa ditutup berikutan langkah kerajaan untuk menghentikan penularan Covid-19.

Perkongsian yang dibuat oleh pengguna Facebook itu memaparkan lokasi video itu dirakam adalah di Surau Al Mutmainnah, Pandan Perdana dan mendapat lebih daripada 15 ribu tanda suka sejak ia di muat naik semalam.

Tiada alasan untuk meninggalkan solat

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen diruangan Facebook sumber dengan pelbagai maklum balas positif. Mereka juga mendoakan agar urusan penghantar makanan itu dipermudahkan dan dilindungi dari sebarang perkara tidak baik ketika mencari rezeki diwaktu PKP ini.

Unsung hero, doakan mereka diberi kekuatan

Dia jaga tiang agama, semoga  rezekinya dipermudah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA

Sumber : Mohammed Sunaini Yusop

PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Cari Rezeki Ketika PKP,” Abang Fo0dpanda S0lat Beralas Beg Depan Pagar Surau"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*