Pelawak Harith Iskander bermurah hati menghulurkan sumbangan topeng muka (mask) dan bekalan makanan kepada petugas di Ibu Pejabat Polis Negeri (IPK) Shah Alam.
Menurut bapa kepada tiga orang anak itu, dia berbuat demikian kerana pihak polis merupakan pejuang barisan hadapan (frontlines) yang telah membuat rondaan siang dan malam bagi memantau rakyat Malaysia.
Malah, ia bagi menghargai jasa dan sumbangan para wira negara bersempena Hari Polis Ke-213.
“Saya telah menyumbangkan topeng muka (mask) dan bekalan makanan kepada YDP DCP Dato Arjunaidi, TKP Selangor dan anggota yang lain.
“Mereka merupakan frontlines yang bertungkus-lumus dalam melindungi penularan wabak Covid-19
“Sumbangan ini tidaklah banyak mana, tetapi ia menjadi istimewa kerana hari ini merupakan Hari Polis Ke-213.
“Also present were YDH SAC Datuk Hj Sulaiman (Ketua Jabatan Pengurusan) and YDH Supt Abdul Ghafor (Pegawai Turus Pentadbiran) Thank YOU to those who have contributed to the @thehopebranch.my Covid19 Fund Raising effort – your donations are making an immediate difference.
“Kepada mereka yang mahu menyalurkan sumbangan, boleh bank in ke: MAYBANK 514235670912 or click the link in my bio. Every single donation helps and we will do our best to translate that into real results,” tulisnya panjang lebar.
Meski hari ini merupakan sambutan Hari Polis ke-213, namun ia tidak dapat diraikan seperti tahun-tahun sebelumnya berikutan negara dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Bagaimanapun, demi menjaga keamanan dan keselamatan negara, wira negara ini sentiasa disanjung tinggi.
Selamat Hari Polis Ke-213!
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM
Sumber : Instagram Harith Iskander
PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Be the first to comment on "Beri Sumbangan ‘Mask’ Dan Bekalan Makanan Sempena Hari P0lis Ke-213, Harith Iskander Hargai Jasa Wira Negara"