Akaun TikTok Cecah 1 Juta Pengikut, Baby Shima Ber@ng Dilabel ‘L0w Cl@ss’

Penyanyi Baby Shima berang apabila ada pihak yang melabelkan dirinya sebagai ‘low class’ gara-gara bangga dengan pencapaiannya memperoleh 1 juta pengikut di laman sosial, TikTok.

Perkara itu dikongsikan Shima menerusi satu posting yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, Shima berkongsi paparan komen pihak yang memperlekehkan dirinya itu.

Bukan itu sahaja, Shima turut mendedahkan individu tersebut juga mempunyai akaun TikTok walaupun memadang rendah terhadap dirinya kerana memiliki akaun media sosial tersebut.

“Mesti TikTok dia kasta tinggi dan high class. Itulah orang cakap satu jari tunjuk kat orang empat jari kat diri sendiri.

“By the way, tak ada orang letak pistol atau pisau atas kepala kau untuk paksa kau main TikTok,” luah Shima yang berkongsi beberapa video TikTok daripada individu berkenaan.

Terdahulu, seorang pengguna Instagram melabel pelantun Roadblock Hatiku itu sebagai insan yang ‘low class’ kerana bangga dengan sambutan yang diterima daripada pengikut di TikTok.

“TikTok yang dikejarnya, bangga pulak tu, low class,” tulis individu tersebut.

Sebelum itu, Shima menerusi satu entri di Instagram meluahkan rasa syukur dengan sokongan yang diberikan pengikutnya sehingga berjaya memiliki 1 juta pengikut di TikTok.

“Akhirnya @tiktok Shima sudah 1 juta pengikut. Alhamdulilah, Terima kasih semua yang menyokong. Buat para pengkritik terima kasih juga kerana makin memeriahkan lagi.

“Buat di Instagram, Youtube dan Smule terima kasih juga telah menjadikan 1 juta pengikut. Doakan Shima terus upload content lagi,” kongsinya.

Apapun, jangan lupa saksikan program yang pernah menampilkan Baby Shima di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA

Sumber :Gempak

PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Akaun TikTok Cecah 1 Juta Pengikut, Baby Shima Ber@ng Dilabel ‘L0w Cl@ss’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*