“Vide0 Berkenaan Beri Tekanan Em0si Kepada Petugas” Artis Mengadu Terima Layanan Bur0k, H0spital Putrajaya Buat Lap0ran P0lis

HOSPITAL Putrajaya membuat laporan polis berhubung penularan dua video menjejaskan imej dan kredibiliti pegawai perubatan dalam mengendalikan kes Covid-19 di Balai Polis Presint 7, Putajaya pada Selasa lalu.

Laporan polis itu dibuat susulan video yang ditularkan oleh dua selebriti tanah air.

Video pertama dipercayai milik seorang penyanyi wanita yang mempunyai impak tontonan tinggi, manakala video kedua daripada saluran YouTube, milik seorang selebriti lelaki, bekas pengacara terkenal di media sosial yang menyokong isu dibangkitkan selebriti pertama.

Pengarah Hospital Putrajaya, Datuk Dr Nora’i Mohd Said berkata, mereka kesal dengan penularan dua video berkenaan.

Menurutnya, sebagai langkah menepis tohmahan dan persepsi buruk masyarakat terhadap perkhidmatan kakitangannya, Hospital Putrajaya membuat laporan polis berhubung penularan video itu.

“Laporan polis itu dibuat bertujuan mendapat tindakan sewajarnya daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap individu yang tidak menghormati tugas anggota kesihatan.

“Isu berkenaan diperbesar dengan perkataan kesat terhadap petugas kesihatan yang menjalankan tugas.

Kenyataan media Pengarah Hospital Putrajaya dan laporan polis yang dibuat.

“Pengurusan Hospital Putrajaya memandang serius akan perkara ini dan turut kesal dengan penularan video tersebut,” katanya melalui kenyataan media.

Salinan laporan polis berhubung perkara berkenaan turut dimuat naik di Facebook rasmi Hospital Putrajaya.

Tambah Dr Nora’i, orang awam seharusnya lebih peka dengan keadaan semasa wabak Covid-19 dan setiap petugas kesihatan bertindak berdasarkan garis panduan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Tambahnya, petugas keletihan dan terpaksa mengenepikan ahli keluarga masing-masing untuk melaksanakan tugas yang bahaya ini.

“Penularan video berkenaan memberi tekanan emosi kepada petugas sedangkan sokongan moral dan semangat yang harus diberikan, dan bukannya kata cacian dan kesat seperti ini,” katanya.

Sebelum ini, melaporkan kenyataan penyanyi senior Dayangku Intan berhubung pengalamannya ketika berada di Hospital Putrajaya.

Video berkenaan kemudiannya dikongsikan semula oleh pengacara Azwan Ali di Twitter yang dikatakan memburukkan pengurusan Hospital Putrajaya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Vide0 Berkenaan Beri Tekanan Em0si Kepada Petugas” Artis Mengadu Terima Layanan Bur0k, H0spital Putrajaya Buat Lap0ran P0lis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*