Tulis Sendiri Ucapan, Kerabat Perak Zahir Terima Kasih Buat Polis Dan Askar

Sejak Perintah Pergerakkan Kawalan dikuatkuasakan oleh pihak kerajaan bagi membendung Covid-19, pihak PDRM dan ATM dilihat begitu gigih menjalankan tugas memastikan seluruh rakyat Malaysia patuh dengan arahan.

Sehinggakan pada sambutan Hari Polis pada hari ini tidak diadakan dan mereka gigih berada dijalanan untuk memantau pergerakan rakyat Malaysia.

Ucapan semangat buat barisan pertahanan

Susulan daripada itu, menerusi Instagram Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, baginda telah memuat naik gambar anakanda-anakandanya memegang poster yang dilukis sediri dengan menyatakan rasa terima kasih kepada barisan polis dan tentera yang bertugas untuk rakyat ketika Covid-19 sedang menular.

Tuanku Zara turut memuat naik gambar Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah bersama kedua anakandanya memakai seragam polis dan tentera.

 

View this post on Instagram

 

#askar #pdrm #dudukrumah

A post shared by Tuanku Zara Salim (@tuankuzarasalim) on

Terima kasih abang akak askar & polis

Dalam nota yang ditulis sendiri oleh Yang Teramat Mulia Raja Azlan Muzzaffar Shah dan adindanya, Yang Mulia Raja Nazira Safya baginda telah menyatakan rasa terima kasih kepada barisan tentera dan polis kerana masih berkhidmat walaupun dalam keadaan genting.

Kedua-dua anakanda Sultan Perak ini terlihat comel sambil memakai topi PASKAL iaitu satu unit khas dalam angkatan tentera.

Terbaik, menjadi contoh kepada rakyat jelata

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen yang positif diatas posting tersebut. Mereka juga memuji kecomelan anakanda Sultan Perak yang tersenyum memegang poster tulisan mereka yang ditujukan khas buat angkatan pertahanan negara.

Comelnyaa. Daulat Tuanku

Semoga Allah sentiasa rahmati Tuanku sekeluarga

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA

Sumber :TuankuZaraSalim

PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Tulis Sendiri Ucapan, Kerabat Perak Zahir Terima Kasih Buat Polis Dan Askar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*