“Tak Dapat Bayangkan S0rang-S0rang Kat H0spltal” Sedlh Kanak-kanak Lelaki P0sltif C0vid-19, Terp@ksa Ke H0spltal Tanpa Ibu Bapa

Buat sesetengah orang, ditahan di wad hospital merupakan suatu perkara yang paling ditakuti dan tidak diingini. Siapa je suka duduk hospital kan?

Namun, kali ini admin nak kongsikan kisah sedih apabila seorang kanak-kanak lelaki yang masih bersekolah rendah terpaksa dibawa ke hospital seorang diri tanpa ditemani oleh ibu bapanya kerana telah disahkan positif Covid-19. Kesiannya weh, mesti dia takut sorang-sorang. 

Menurut pengguna Twitter yang dikenali sebagai Eycaaa, kanak-kanak tersebut telah dibawa ke hospital dengan menaiki ambulans yang telah datang ke rumahnya.

Kanak-kanak yang dikenali sebagai Amir Amsyar itu dikatakan telah dijangkiti virus berbahaya tersebut apabila dia mengikuti ayahnya ke kursus pengurusan jenazah.

Rupanya, ada seorang peserta merupakan jemaah ijtimak tabligh di Masjid Seri Petaling baru-baru ini. Setelah itu, kanak-kanak terbabit dan ayahnya telah menjalani ujian saringan virus korona.

Yang paling menyedihkan, hanya dia seorang sahaja yang disahkan positif Covid-19.

Rata-rata netizen mendoakan agar adik ini diberikan kekuatan untuk melawan virus itu dan kembali sihat seperti biasa.

Admin doakan semoga adik ni sentiasa kuat semangat dan cepat sembuh supaya dia boleh kembali semula ke pangkuan keluarganya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : lobak merah

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Tak Dapat Bayangkan S0rang-S0rang Kat H0spltal” Sedlh Kanak-kanak Lelaki P0sltif C0vid-19, Terp@ksa Ke H0spltal Tanpa Ibu Bapa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*