Sejak Perintah Kawalan Pergerakan dikeluarkan oleh pihak kerajaan bagi membendung penularan Covid-19, pihak PDRM dan juga ATM telah dikerah untuk mengawal pergerakan rakyat Malaysia dari sesuka hati keluar tanpa urusan penting.
Selain daripada pihak polis, tentera dan juga barisan frontliner yang merawat Covid-19 masih ada sesetengah sektor yang bekerja atas keizinan pihak kerajaan.
Beri makanan buat polis & tentera yang setia bertugas
Salah satunya adalah syarikat penghantaran makanan seperti Foodpanda yang masih berbakti untuk rakyat Malaysia.
Sehubungan dengan itu, menerusi perkongsian yang tular di Twitter, beberapa orang pekerja penghantar makanan Foodpanda telah membuat kebaikan dengan menghantar makanan percuma kepada pihak polis yang bertugas menjaga lalu lintas.
Rider Foodpanda share rezeki dekat PDRM and ATM…semoga murah rezeki abg2 rider panda kita ✊🏼#riderampang
.
.
Rt gaiss pic.twitter.com/pxaqqk44MJ— محمد افهام (@arefam02) March 24, 2020
Anda juga hero kami
Dalam video yang dimuat naik oleh akaun Twitter dikenali sebagai arefam02, jelas kelihatan mereka bergerak secara berkumpulan dengan motosikal sambil berhenti di beberapa pondok kawalan sambil menghulurkan makanan.
Tindakan murni mereka telah mendapat respon yang pelbagai oleh warganet yang sama-sama mengucapkan ribuan terima kasih diatas sumbangan yang diberikan pekerja Foodpanda.
Moga rezeki kalian dimurahkan
Sebarkan kebaikan, jaga juga kesihatan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA
Sumber : arefam02
PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Be the first to comment on "“Sama Berjuang,” Abam2 Foodpanda Kongsi Rezeki Edar Makanan Buat P0lis Tepi Jalan"