Kanak2 Kecil Hldap Knser Drah Kini Disahkan Posltif Covid-19 Pula

Ketika ini, pastinya ramai yang berasa sedih dan risau ekoran daripada wabak C0vid-19 yang sedang melanda negara. Pelbagai inisiatif telah disarankan kerajaan, namun Covid-19 masih lagi menular.

Bukan sahaja orang dewasa yang dijangkiti wabak maut ini, bahkan kanak-kanak turut menerima nasib sama. Pastinya perkara tersebut lebih menghibakan berikutan mereka masih tidak mengetahui apa-apa lagi berkenaan wabak tersebut.

Hidap kanser darah

Menerusi satu perkongsian yang dibuat laman Facebook Persatuan Sokongan Anak-Anak Kanser (Persona), seorang kanak-kanak berusia 2 tahun yang menghidap kanser darah Leukemia turut telah disahkan positif Covid-19.

Ujian darah sahkan positif Covid-19

Dalam kenyataan tersebut lagi, adik Muhammad Fateh Aqil bin Mohd Nazmee sememangnya akan menjalani kitaran kimoterapinya mengikut jadual di HUSM Kubang Kerian, namun ujian darah yang dilakukan mendapati dia dijangkiti Covid-19.

Sehubungan dengan perkara itu, pihak Persona memohoan agar orang ramai mendoakan kesihatan adik Fateh agar terus kuat berjuang melawat penyakitnya dan juga Covid-19 yang baru dijangkitinya itu.

Sembuhkanlah anak kecil ini Ya Allah

Oleh hal yang demikian, menerusi perkongsian di Facebook itu, rata-rata warganet telah mendoakan agar kanak-kanak tersebut terus diberi kekuatan melawan penyakit. Mereka juga turut menzahirkan rasa sedih dan berharap segala yang urusannya dipermudahkan kelak.

Angkatlah segala penyakit anak ini

Semoga terus dilindungi oleh Allah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA

Sumber :Persatuan Sokongan Anak-Anak Kanser

PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Kanak2 Kecil Hldap Knser Drah Kini Disahkan Posltif Covid-19 Pula"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*