Disy@ki Posltif COVID-19, Kanak2 Lelaki Akur Dikuarantin Terpaksa Tinggalkan Ibu Ayah

Virus pembunuh Covid-19 tidak mengenal mangsanya, sesiapa sahaja tidak kira usia tua atau muda berpotensi untuk diserang. Hari ini sahaja, jangkitan naik mendadak dan angka kematian pula bertambah.

Sedangkan kita yang masih terselamat ini dirundung kerisauan, bayangkan pula perasaan pesakit Covid-19 serta ahli keluarga yang sudah tentunya terkesan dengan wabak pembunuh ini.

Begitulah yang kini dirasai oleh seorang kanak-kanak lelaki disyaki positif Covid-19, yang terpaksa meninggalkan keluarga untuk menjalani kuarantin.

Ikut ayah pergi kursus urus jenazah

Berdasarkan satu perkongsian pengguna Facebook, dikatakan kanak-kanak terbabit bersama bapanya telah mengikuti kursus pengurusan jenazah.

Bagaimana pun, salah seorang peserta yang mengikuti kursus tersebut merupakan ahli ijtimak tabligh yang positif Covid-19. Maka, daripada situlah jangkitan tersebut dapat dikesan.

Lama kena berpisah dengan ibu ayah

Namun apa yang menyedihkan, melihat keadaan seorang kanak-kanak yang terpaksa meninggalkan ibu bapanya dan tidak tahu berapa lama dia bakal dikuarantin.

Bayangkanlah, untuk kedua ibu bapanya melawat dan menemaninya di hospital adalah mustahil, maka anak ini harus kuat dan matang membawa diri demi keselamatan ahli keluarganya.

Semoga cepat sembuh dik

Melihatkan keadaan kanak-kanak itu, rata-rata netizen tersentuh dan meluahkan rasa sayu mengenangkan nasib anak yang masih kecil terpaksa berhadapan dengan situasi seperti ini seorang diri.

Adik mesti kuat!

Ya Allah sembuhkanlah anak ini

Semoga adik ini cepat sembuh dan bersatu semula dengan keluarganya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA

Sumber :Farah Norafina &Nur Fatin Mas Hassan

PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Disy@ki Posltif COVID-19, Kanak2 Lelaki Akur Dikuarantin Terpaksa Tinggalkan Ibu Ayah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*