Deepnya Video Dikongsi Erra Fazira! ‘Sekeping Surat Dari Kelawar Kepada Manvsia’ Buat Ramai Tersentuh…

Tindakan pelakon, penyanyi dan pengacara Erra Fazira berkongsi video tentang kelawar menyentuh hati pengikutnya di Instagram (IG).

Menerusi video yang dimuat naik, Erra turut menulis kapsyen dengan mesej mendalam tetapi sangat bermakna kepada semua.

“Buat mereka yang mahu mengerti…Moga apa yang berlaku menjadikan kita manusia yang lebih waras dan berilmu di masa akan datang.

Maaf ya, kita cakap generally. Kita jangan hentam kaum dan bangsa. Tak semua begitu, masih ramai yang waras.

“Jadi jangan hentam-hentam sangat ok. We spread love. InsyaAllah selepas ini moga semua akan lebih berilmu dan akur dengan hukum alam,” tulisnya.

Video bertajuk ‘Sekeping Surat Dari Kelawat Kepada Manusia’ yang dikongsi Erra menyentuh tentang ‘kegilaan’ memakan makanan yang tidak sepatutnya dijamah oleh manusia.

Kerakusan manusia kerana menurut nafsu tanpa memikirkan kesan mudarat di kemudian hari, akhirnya menjerat diri sendiri.

Posting tersebut mendapat hampir 500 ribu tontonan dengan lebih 1700 komen dan perhatian daripada ramai rakan selebriti seperti Siti Nordiana, Achey, Khai Bahar, Ifa Raziah, Ajak, Amelina, Salina Saibi dan ramai lagi.

Rata-rata mereka tersentuh dengan perkongsian Erra, dan ada di antara selebiriti tersebut membuat ulang siar posting Erra di laman sosial masing-masing.

Sementara itu, pengikut IG Erra turut mengucapkan terima kasih di atas perkongsian yang bermanfaat tersebut.

“Terima kasih atas info…Tolonglah, kepada mereka yang selera menggila tu hentikan la..kelawar juga makhluk istimewa ciptaan Allah dan berjasa…Tapi manusia sendiri yang mencari bala walaupun kita tahu mungkin ini juga ujian dari Allah untuk menguji hambanya,” tulis salah seorang peminat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA

Sumber :Gempak

PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Deepnya Video Dikongsi Erra Fazira! ‘Sekeping Surat Dari Kelawar Kepada Manvsia’ Buat Ramai Tersentuh…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*