Dah Tunjuk Bukti Tapi Pen0long Edit0r Malay Mail TETAP Cakap Dr Zul S@lah Dan Tak Nak Minta Maaf

Semalam, akhbar Malay Mail telah mengeluarkan satu artikel mengenai Tabung #MUSAADAHCOVID19 bertajuk “Jakim lancarkan tabung Covid-19 untuk bantu orang Islam di Malaysia yang perlukan bantuan”, selepas diterjemah dalam Bahasa Melayu.

Tajuk yang kini telah ditukar ini telah mendapat kecaman dari pelbagai pihak kerana menyifatkan Dr Zulkifli yang merupakan Menteri Agama berat sebelah.

Namun, Dr Zul menafikan yang Tabung #MUSAADAHCOVID19 ini hanya untuk orang beragama Islam. Malah, mufti ini mengatakan, dia telah ulang beberapa kali yang tabung ini adalah untuk mereka yang memerlukan bantuan.

Selepas Dr Zul. meminta pihak Malay Mail untuk betulkan kenyataan dan membuat permohonan maaf, akhbar tersebut telah menukar artikel tersebut dengan tajuk baru dan mengatakan ada kesalahan dalam laporan sebelum ini namun masih belum mengeluarkan permohonan maaf.

Dekat bawah ni juga, korang boleh tengok yang Dr Zul tak ada pun cakap yang tabung tersebut hanya untuk orang Islam.

Disebabkan ini, ramai netizen mendesak penulis dan penolong editor Malay Mail untuk minta maaf namun, penolong editor Malay Mail, Zurairi di Twitter peribadinya telah menegaskan Dr Zul yang salah cakap dan bukan Malay Mail yang salah. Degilnyaaa

Sekali lagi, Dr Zul menegaskan yang dia tak salah cakap dan berikan bukti.

Netizen turut sakit hati dengan perkara ini dan memuji Dr Zul yang bertindak tegas menafikan perkara ini. Berani kerana benar.

Kalau minta maaf je kan senang. Sebab dah memang salah kan?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : lobak merah

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Dah Tunjuk Bukti Tapi Pen0long Edit0r Malay Mail TETAP Cakap Dr Zul S@lah Dan Tak Nak Minta Maaf"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*