“Dah Lah Jual RM 1.90 Satu” Hati-hati Netizen Beli Mask 0nline Dapat Yang ‘Recycle’ Dan K0tak K0song

Seteruk-teruk Covid-19 ni, teruk lagi sikap manusia yang suka ambil kesempatan dalam kesempitan. Rasa kesian bila tengok segelintir warganet yang menjadi mangsa scam daripada manusia-manusia yang tak berhati perut ni.

Selepas seorang netizen ini kongsikan gambar dia ditipu, ramai lagi sebenarnya yang turut menjadi mangsa. Caj harga yang mahal tapi gunakan mask terpakai!


Kalau diperhatikan gambar yang kedua, tempat pasang kat telinga tu dah kotor dan dekat packaging ada logo ‘R’ yang dikatakan bermaksud ‘reuse’ atau  ‘recycle’.

Biarpun warganet lain marah dan bersimpati bila melihat nasib malang mangsa ini, mangsa tidak dapat dedahkan dalangnya kerana bukan dia yang kendalikan pembelian itu, dikatakan tujuan dia beli adalah untuk kegunaan syarikat.

Malah ramai netizen bimbang dan menggesa mangsa yang terima barang dikitar semula ini untuk tidak membukanya kerana bimbang dengan tahap kebersihan topeng muka itu.

Perkongsian ini telah meraih lebih daripada 33K jumlah retweets sebagai tanda peringatan kepada kita semua agar berhati-hati dengan seller di luar sana.

Sebelum ini pun kita dapat lihat ada orang merakam kegiatan beberapa individu yang mengutip topeng buka yang bersepah di tempat awam, dan jemur semula. Mungkin ini lah tujuannya kot.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : lobak merah

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Dah Lah Jual RM 1.90 Satu” Hati-hati Netizen Beli Mask 0nline Dapat Yang ‘Recycle’ Dan K0tak K0song"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*