“Saintis Tak Tidur Malam, Kau Sedap Je Cari Untung” Peniaga ‘Kritlkal’, D4kwa Pesaklt C0vid-19 Sembuh Selepas 8 Hari Minum Pr0duk Mereka

DALAM kebimbangan rakyat negara ini berdepan wabak Covid-19, ada pula pihak tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan atas situasi getir yang dihadapi ketika ini.

Umum sedia maklum bahawa saintis dan pakar perubatan di seluruh dunia masih lagi giat mencari penawar wabak itu, namun peniaga produk tempatan mendakwa dua pesakit positif Covid-19 telah sembuh selepas mengamalkan minuman keluaran mereka.

“Alhamdulillah dah ada dua orang yang positif Covid-19 sembuh selepas minum **** **** ***** selama lapan hari,” tulis seorang individu di Facebook.

Posting itu ternyata mengundang perdebatan ramai sehingga ia turut tular di Twitter.

Turut memberi respon, pakar perunding nefrologi, Dr Rafidah Abdullah yang menegur peniaga berkenaan menerusi laman media sosial sama.

“Ini adalah saat kritikal. Tergamak orang menipu,” ujarnya sehingga menerima lebih 1,100 ulang kicau (Retweet).

Posting yang ditularkan di Twitter.

Menurut peniaga berkenaan, produk itu mengandungi vitamin C semulajadi daripada buah camu-camu yang disifatkan sebagai buah kedua mempunyai kandungan vitamin c paling tinggi di dunia.

Beberapa pengedar atau stokis yang lain turut memuatnaik iklan promosi sama, dengan menggunakan testimoni dua pesakit Covid-19 yang didakwa telah sembuh.

“Ini adalah saat kritikal. Tergamak orang menipu.”

DR. RAFIDAH ABDULLAH

PAKAR PERUNDING NEFROLOGI

Di Twitter misalnya, netizen meluahkan rasa kesal atas promosi iklan berkenaan yang didakwa tidak bertanggungjawab dan tidak selari dengan ketetapan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Saintis setiap negara tak tidur malam tau cari vaksin, engkau sedap je cari keuntungan, pergi makan kismis tu.

Dr. Rafidah Abdullah.

“Iklan macam ni kalau termasuk dalam group WhatsApp mak–mak, mereka akan percaya tau. Jadi tolonglah jangan memandai je.

“Doktor, nurse kat hospital susah payah, tak tidur, tak cukup rehat nak rawat mangsa. Dia senang-senang claim produk dia. Stress!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA

SUMBER: mStar

PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Saintis Tak Tidur Malam, Kau Sedap Je Cari Untung” Peniaga ‘Kritlkal’, D4kwa Pesaklt C0vid-19 Sembuh Selepas 8 Hari Minum Pr0duk Mereka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*