“Rasa Memerlukan, Ambil Je.” Wanita Bagi Barang Dapur ‘Free’ Depan Rumah

Disaat hampir sebahagian besar rakyat Malaysia berada dalam keadaan yang agak gawat ekoran daripada langkah kerajaan membendung penularan wabak Covid-19, masih ada insan yang bermurah hati meringankan beban orang lain.

Umum sedia maklum bahawa ketika ini ada sebahagian besar rakyat Malaysia terpaksa duduk sahaja dirumah tanpa ada sumber pendapatan hingga menyebabkan mereka kekurangan bekalan makanan.

Sumbangan ketika Covid-19

Namun, menerusi Facebook, seorang wanita telah membuat kebaikan dengan memberikan sumbangan berupa barangan keperluan makanan kepada sesiapa yang memerlukan.

Cara mendapatkannya mudah sahaja iaitu dengan datang ke rumahnya dan ambil sahaja beg yang berisi bekalan makanan tanpa sebarang prosedur.

Ambil je tak perlu bagitahu

Perkara tersebut juga telah tular di Twitter apabila ada yang memuat naik memuji tindakan mulia wanita itu. Dikenali sebagai Datin Zulaikha Mahar, wanita tersebut telah meminta agar sesiapa yang berhajat memerlukan barangan keperluan hanya perlu ambil sendiri di halaman rumahnya tanpa perlu memaklumkan kepadanya langsung.

Suka mindset macam ni

Tindakan murni wanita itu  telah mendapat maklum balas yang pelbagai oleh warganet yang rata-rata telah meninggal komen mendoakan agar rezekinya dipermudahkan.

Hal ini kerana, dalam keadaan seperti ini bantuan makanan amat diharapkan kepada mereka yang betul-betul memerlukan.

Semoga bertambah rezekinya

Harap tak ada yang ambil kesempatan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: imrnadamzulaikha mahar

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Rasa Memerlukan, Ambil Je.” Wanita Bagi Barang Dapur ‘Free’ Depan Rumah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*