“Ramai Cakap Saya Masuk Universiti Pakai ‘Duit’, Rasvah” Aliff Syukri 6 Bulan Belajar Nak Lulus Exam Masuk UiTM

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa terkilannya apabila ada pihak beranggapan tawaran kemasukan ke Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam yang diperolehnya adalah disebabkan menggunakan ‘pintu belakang’.

Sebaliknya, kata Aliff, 32, apa yang diperolehnya itu sebenarnya, atas usaha dan pengorbanan yang dilakukan sejak dua tahun lalu bagi memastikan dirinya lulus peperiksaan kelayakan.

“Korang sangka tak, saya diterima masuk UiTM? Pertama kali masuk UiTM. Saya sedih sangat sebab ramai orang cakap saya masuk universiti ini sebab pakai duit atau rasuah.

“Sedangkan saya belajar nak dekat dua tahun untuk saya lulus peperiksaan ini. Dengan usaha saya belajar enam bulan nak lulus peperiksaan, akhirnya saya lulus,” ceritanya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

. . First time masuk @uitm.official Saya sedih sangat sebab ramai orang cakap saya masuk Universiti ini sebab pakai duit atau rasuah😰😰. Sedangkan saya belajar nak dekat dua tahun untuk saya lulus exam ini. Bukan senang nak bahagikan masa untuk menjadi seorang Business, seorang bapa, seorang duta kepada produk saya dan saya mempunyai bermacam-macam bisnes… sy tak nak org kata sy x educated😢 . . Tetapi dgn usaha sy study 6bulan nak lulus exam Akhirya sy lulus.. Alhamdulillah, ini lah impian saya untuk mempunyai pelajaran sebabnya bagi saya ianya adalah satu bonus kepada saya untuk mempunyai satu education sebab dahulu tidak ada pelajaran, orang akan pandang rendah. Doakan saya berjaya. Dan saya nak bagitau kepada korang semua, sijil ini saya tidak bayar pun dan saya juga seperti student UITM yang lain perlu mengikut kelas dan semuanya. Dan saya dah berusaha dan saya berharap usaha ini boleh diikuti oleh semua orang walaupun kita dah bekerja ataupun dah berjaya, tidak semestinya kita tidak boleh belajar. #uitm #uitmshahalam tag member uitm korang dan apa pengalaman paling best dgn uitm?? Very komen d bawah👇🏻

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Katanya lagi, dia membuat keputusan untuk mendapatkan segulung ijazah kerana tidak mahu dilabel sebagai individu yang tidak mempunyai pendidikan.

“Alhamdulillah, inilah impian saya untuk mempunyai pelajaran sebabnya bagi saya ia adalah satu bonus kepada saya untuk mempunyai satu pelajaran sebab dulu tidak ada pelajaran, orang akan pandang rendah.

“Saya nak beritahu kepada korang semua, sijil ini saya tidak bayar pun dan saya juga seperti pelajar UiTM yang lain perlu mengikuti kelas dan semuanya,” tulisnya.

Sebelum ini, Aliff memaklumkan bahawa dia berjaya mendapat tawaran bagi menyambung pengajian dalam jurusan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan secara separuh masa.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA

Sumber :Gempak

PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Ramai Cakap Saya Masuk Universiti Pakai ‘Duit’, Rasvah” Aliff Syukri 6 Bulan Belajar Nak Lulus Exam Masuk UiTM"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*