Mengakv Bacaan Tak Sempurna, Lisa Surihani Terus Istiqamah Mengaji Al-Quran

Pelakon jelita Lisa Surihani melakukan cabaran #dudukrumahchallenge sempena Perintah Kawalan Pergerakan sejak 18 Mac lalu dengan meluangkan masa bagi membaca kitab suci al-Quran.

Menurut pelakon berusia 34 tahun itu, dia sedar bacaannya masih belum sempurna selain mendapat galakan daripada rakan-rakan untuk kekal istiqamah.

“Kerana bacaanku tak sempurna. But my dear sisters (the khadijahs) and friends keep encouraging. Dia galakkan. “Daripada tk buat langsung, Lisa?” Moga istiqomah,” tulisnya di Instagram.

Ibu kepada dua cahaya mata itu juga memohon doa supaya Allah merahmati umat Islam dengan al-Quran yang merupakan mukjizat teragung sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat.

“Ya Allah, ingatlah kami pada apa yang terlupa, ajarkanlah apa yang tidak diketahui. Kurniakanlah kami dapat membacanya siang dan malam. Jadikan ia perisai kami, wahai Tuhan semesta alam,” doanya.

Posting berkenaan dihujani kata-kata positif daripada rakan selebriti dan pengikutnya yang mendoakan agar Lisa kekal istiqamah serta terus bersemangat untuk membaca al-Quran.

Kita sama2 usahakan

Waktu terindah untuk dekatkan diri pada Allah

Moga kita semua istiqamah

Alhamdulillah! Kuatkan semangat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA

Sumber : Lisa Surihani

PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Mengakv Bacaan Tak Sempurna, Lisa Surihani Terus Istiqamah Mengaji Al-Quran"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*