“Luahan Nurse Yang…,” Azuan Mazlan Ulas Ini Ujian Allah, Petugas H0spital Minta Hentikan Kec4man Terhadap Tabligh

Keperibadian mulia jemaah tabligh yang kini sedang dirawat di hospital selepas disahkan positif jangkitan Covid-19 nyata mula membuka mata masyarakat.

Luahan hati dan perkongsian jururawat yang bertugas menjaga jemaah ini menjentik hati netizen untuk melihat dengan lebih mendalam hikmah yang terkandung di sebalik ujian Allah.

Wad pengasingan virus jemaah ini sentiasa bergema dengan bacaan suci ayat-ayat Al-Quran, zikrullah dan tidak pernah gagal menjaga solat berjemaah dan solat sunat. Walaupun rata-rata pesakit sudah lanjut usia namun mereka tidak menyusahkan kakitangan hospital.

Jelas kakitangan barisan hadapan itu lagi, situasi di dalam wad jemaah tabligh cukup menenangkan, kesemuanya berjubah dan berserban dengan senyuman sentiasa terukir di bibir.

Malah pertuturan yang lembut dan sentiasa bertanya andai perlukan pertolongan mengubat keletihan mental dan emosi petugas.

Luahnya lagi, tingkah laku dan amalan yang ditunjukkan oleh jemaah ini cukup terkesan di hati kerana majoritinya terlalu baik.

“Luahan Nurse2 yang menjaga jemaah tabligh.. Allah bagi ujian pada kita supaya Masyarakat dan kita semua belajar balik cara kehidupan Rasulullah SAW.

“Hari ini sebenarnya kehidupan Islam kita banyak di pengaruhi dgn adat orang melayu (datuk nenek moyang) kita berbanding cara kehidupan Islam yg di ajarkan oleh Rasulullah saw.

“Inilah masanya belajar cara akhlak Rasulullah saw dan Sunnah Nabi saw dalam kehidupan,” kongsinya.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, 62 peratus pesakit yang didapati positif COVID-19 selepas disaring adalah golongan yang menghadiri ijtimak tabligh di Masjid Sri Petaling, hujung bulan lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA

Sumber: : Instagram Azuan Mazlan

PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Luahan Nurse Yang…,” Azuan Mazlan Ulas Ini Ujian Allah, Petugas H0spital Minta Hentikan Kec4man Terhadap Tabligh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*