Demi keselesaan petugas perubatan wanita yang bertungkus lumus merawat pesakit postif Covid-19, tudung sarung jenama popular tampil mengagihkan sumbangan untuk ‘frontliners’.
Ini kerana apabila seharian petugas memakai peralatan perlindungan peribadi (PPE), mereka semestinya memerlukan sejenis tudung yang praktikal iaitu mudah disarungkan dan cepat kering.
Pemiliknya Afidatul Na’ima berkata, petugas yang memakai PPE meluahkan rasa tidak selesa apabila kadangkala aurat tidak terjaga apatah lagi dalam situasi kalut.
“Ada yang sampai potong pendek rambut demi keselesaan. Tudung yang ada sebelum ni mungkin banyak yang chiffon base, maybe kena belit-belit.
“Ada yang awning keras dan tak sesuai dipakai dalam situasi sebagai frontliners. Ami percaya tudung sarung cotton is the best option in this situation,” katanya.
Menurut Afidatul, bahan fabrik yang mudah menyerap peluh itu diharapkan dapat memberi keselesaan serta mendoakan agar Allah memudahkan tanggungjawab ‘frontliners’ dalam merawat pesakit.
“Keep the fighting spirit up high, dear frontliners. We’re praying hard for all of you. Let us know if you need anything. Some of us might want to help as well,” ujarnya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM
PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Be the first to comment on "Lebih Selesa Dan Avrat Terjaga, Ratusan Helai Tudung Diderma Untuk ‘Fr0ntliners’"