“Kesihatan Makin Ter0k,” Wanita Svspek C0vid-19 Rayu D0a Semua

Umum sedia tahu bahawa setakat ini Malaysia telah merekodkan lebih daripada seribu pesakit positif Covid-19. Ada yang sudah meninggal dunia dan ada juga sembuh daripada wabak maut itu.

Setakat hari ini juga beberapa orang dilaporkan dalam keadaan kritikal di ICU dan memerlukan penjagaan yang rapi.

Kesihatan makin merosot

Walau bagaimanapun, puluhan lagi sedang menunggu keputusan sama ada positif ataupun negatif Covid-19 selepas disyaki menghidap wabak maut itu.

Perkara tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna yang dikenali sebagai Nur Aina Insyirah apabila memuat naik kondisinya yang terlantar di katil hospital. Menurut wanita itu kesihatannya semakin merosot dan disyaki menghidap Covid-19 pula.

Doktor & nurse datang dengan bersut lengkap

Dalam pada itu, wanita tersebut ada menerangkan bahawa doktor dan jururawat hanya akan masuk ke tempat isolosi pada waktu-waktu tertentu sahaja. Mereka juga hadir dalam sut tertutup penuh bagi mengelakkan daripada mereka sendiri dijangkiti Covid-19.

Risau anak turut kena jangkitan

Dia yang bersendirian di di dalam wad turut berasa takut jikalau anaknya mendapat jangkitan Covid-19.

Janganlah ada yang tokok-tambah cerita

Menerusi Facebooknya lagi, Aina Insyirah telah memohon orang ramai agar tidak menokok-tambah cerita yang tidak benar akan keadaan kesihatan dirinya.

Dia yang sememangnya mempunyai sejarah penyakit lain baru sahaja disyaki menghidap Covid-19 dan masih menanti keputusan ujian saringan dan bukannya sudah disahkan positif.

Jangan pernah putus asa berdoa

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet yang membaca muat naik Aina Insyirah itu berasa sayu dan sedih melihat kondisinya.

Mereka telah meninggalkan komen diruangan Facebook dengan mendoakan agar wanita itu diberikan kesembuhan dan Covid-19 tidak menyerang dirinya agar kembali sihat seperti sedia kala.

Semoga ada kesembuhan buat puan

Sedih baca kisah sis

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA

Sumber : Nur Aina Insyirah

PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Kesihatan Makin Ter0k,” Wanita Svspek C0vid-19 Rayu D0a Semua"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*