“Kalau Nak Bantu, Beri Sanitizer Percuma” Idris Khan, Ruhainies Krltik Usahawan Pr0duk Hand Sanitizer Segera

Pelakon Idris Khan menyuarakan pandangan tentang segelintir pihak terutama artis, influencer dan pengasas kosmetik yang mengambil peluang mengeluarkan produk hand sanitizer jenama sendiri.

Kata Idris, pengeluaran produk terbabit seharusnya mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dan dibawah tanggungjawab pihak yang lebih pakar dalam bidang famaseutikal.

“Sanitizer beli dari syarikat yang umum kenal sebagai pengeluar produk kebersihan sahaja guys.

“Jangan beli dari online atau keluaran artis dan influencer. Majoriti pembeli produk online adalah golongan pendapatan sederhana dan ke bawah.

“Pendapatan mereka terjejas ketika ini, jangan ambil kesempatan nak jual produk pula waktu ini. Kalau betul nak bantu, sanitize yang dihasilkan tu berikan percuma sedekah pada yang memerlukan.

“Leave the sanitizes to the experts,” kata Idris.

Dalam pada itu, pelakon Ruhainies juga menyokong saranan yang diutarakan oleh Idris.

“Jadilah pengguna bijak semua! Banyak yang sedang mengambil kesempatan ya sekarang ni.

“Pastikan sanitizer yang anda beli bukan tiruan dan ada kelulusan KKM,” pesan Ruhainies.

Bagaimanapun, pandangan yang dikemukakan itu tidak bukan serangan peribadi kepada mana-mana pihak.

“Sekarang bukan masanya untuk tersinggung. Jangan terasa, ini bukan serangan peribadi. Saya cuma mengutarakan pendapat.

“Menjadi seorang usahawan bukan hanya mendengar reviu baik tetapi juga terbuka menerima kritikan dan komen. Ambil ia sebagai perkara yang positif.

“Sepertimana anda ada hak menjual, saya ada hak bersuara. Jangan jadi oportunis tak kena tempat.

“Kita sebagai public figure harus mencari jalan bagaimana kita boleh membantu mereka yang kurang bernasib baik pada masa ini, bukan ambil peluang ketuk orang lagi,” tambah Idris.

Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : gempak

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Kalau Nak Bantu, Beri Sanitizer Percuma” Idris Khan, Ruhainies Krltik Usahawan Pr0duk Hand Sanitizer Segera"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*