Jadi M@ngsa C0vid-19, Warga Malaysia Menetap Di L0ndon Menlnggal Dunla

Covid-19 bukan sahaja sudah melanda Malaysia, malahan hampir satu duia sedang bergelut dengan wabak maut ini. Setiap hari, ada sahaja kematian direkodkan dan setakat ini di dalam negara sahaja sudah mencatatkan serami 15 kematian.

Rakyat Malaysia di London meninggal dunia

Dalam laporan yang dikeluarkan Berita Harian, seorang lelaki Malaysia yang menetap di London dilaporkan meninggal dunia disebabkan Covid-19.

Husin Long, 75, disahkan meninggal dunia di Hospital Royal Free, jam 5 petang Ahad lalu disebabkan Covid-19 oleh anaknya dikenali sebagai Muhammad Ali, 28.

Tidak pasti punca sakit pada awalnya

Menurut anaknya, Allahyarham pada awalnya membuat saringan selepas mendapatkan rawatan di hospital susulan mempunyai simptom demam panas dan kesukaran bernafas.

“Ketika arwah dimasukkan ke hospital dua hari lalu dengan kesukaran bernafas, pasukan perubatan tidak begitu pasti kerana dia mempunyai beberapa masalah kesihatan.

“Paru-parunya tidak berfungsi dan mereka mengesyaki ayah positif COVID-19, cuma tidak begitu pasti.”

Turut dimaklumkan di Facebook kelab

Dalam Facebook Kelab Melayu London turut telah memaklumkan perkara tersebut bagi diketahui oleh seluruh ahlinya di sana.

Allahyarham yang bertugas sebagai chef disebuah hotel telah meninggalkan seorang balu dan empat orang anak beserta beberapa orang cucu.

Dia yang menetap disana turut merupakan ahli Kelab Melayu London yang diasaskan pada era 60an untuk pelaut, pelajar dan pengembara selepas berhijrah ke London seusai berkhidmat di Pengkalan Tentera Laut British dahulu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber :Melayu LondonBerita Harian

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Jadi M@ngsa C0vid-19, Warga Malaysia Menetap Di L0ndon Menlnggal Dunla"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*