Dih@lang Masuk Pasar Raya…Dr Say Perjelas Keperluan Sebenar Pemakaian Topeng Muka

Doktor selebriti, Shazril Shaharudin atau lebih dikenali sebagai Dr Say menceritakan pengalamannya yang tidak dibenarkan masuk ke sebuah
pasaraya kerana tidak memakai topeng muka.

Perkara itu dikongsi Dr Say menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan ramai.

Menurut Dr Say, dia berasa terpanggil untuk menjelaskan syarat sebenar pemakaian topeng muka ketika dunia sedang dilanda pandemik COVID-19.

“Tergerak hati saya nak buat topik ini atas dua sebab, sebab pertama, saya tidak dibenarkan masuk ke sebuah pasaraya di Cyberjaya untuk membeli groceries sebab tak pakai mask.

“Kedua, saya tengok makin berleluasa penjualan mask berharga Yahudi, sekotak 25 mask harganya sampai RM80 kiranya satu mask tu melebihi had yang ditetapkan kerajaan iaitu RM2,” tulisnya sebagai kapsyen.

Dalam pada itu, Dr Say juga menyenaraikan syarat dan golongan yang sepatunya memakai topeng muka yang terdiri daripada petugas kesihatan yang mengendali pesakit, petugas barisan hadapan (polis, tentera), golongan menjaga individu bergejala dan mereka yang mempunyai gejala seperti batuk dan selesema.

Dr Say juga menyarankan orang ramai untuk mengamalkan penjarakkan sosial kerana ia memainkan peranan penting dalam mencegah jangkita COVID-19 meskipun tidak memakai topeng muka.

Selain itu, dia juga mencadangkan agar pihak pengurusan pasar raya mengambil rekod suhu setiap pelanggan sebelum masuk membeli barangan.

 

View this post on Instagram

 

Topic : To Mask Or Not To Mask? . Tergerak hati sy nak buat topik ni arini atas 2 sebab. Sebab pertama sy tidak dibenarkan masuk ke @myvillagegrocer Cyberjaya pagi tadi untuk membeli groceries kerana tak pakai mask & sebab kedua sy tengok makin berleluasa penjualan mask berharga Yahudi, sekotak 25 mask harganya RM80 kiranya satu mask tu RM3.20 melebihi had yg ditetapkan kerjaan yakni RM2! Belum cerita lagi scammers yg cakap jual mask, last2 duit kalian yg dikebas. . Persoalannya sekarang PERLUKAH pemakaian mask ni sebenarnya? Pagi tadi sy dipandang jelek ibarat sy bertelanjang padahal meh sy cerita SIAPA YANG PERLU PAKAI MASK NI: . 1) Petugas kesihatan yg mengendali pesakit (doktor, misi, pegawai kesihatan) 2) Petugas di barisan hadapan (polis, tentera) 3) Jika anda menjaga individu yg ada gejala pernafasan 4) Jika anda ada gejala pernafasan (batuk, selsema) . Sekiranya anda tak tergolong dalam kumpulan di atas, ANDA TIDAK PERLU MEMAKAI MASK. “Tapi doc, buatnya orang tu bersin pastu dia tak pakai mask & kita tak pakai mask, tak ke naya?”. Sebab itulah sangat dititikberatkan social distancing 1 meter tu. Tak pakai mask yg dipersoalkan padahal dalam supermarket bersardin-sardin kalian ok pulak? Bagi pendapat sy daripada melarang orang tak ber-mask masuk supermarket lebih baik hadkan kemasukan pelanggan & nak lagi bagus rekod suhu pelanggan sebelum masuk supermarket. . “Aah sy tak kisah doc, sy nak pakai jugak” by all means silakan. Hukum yg sy sebut tadi pun PERLU, bukannya WAJIB. Jadi nak pakai mask silakan tapi janganlah larang kebebasan mereka yg tak pakai. @kementeriankesihatanmalaysia dah keluarkan poster pasal mask, WHO juga. Daripada anda bazirkan duit mengenyangkan Yahudi topeng & scammers kat luar sana baik anda sumbang kepada KKM untuk pembelian alat-alat keperluan perubatan bukankah itu jauh lebih baik? . #schoolingbysay

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril) on

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan menggunakan sabun selama sekurang-kurangnya 20 saat, pakai topeng muka ketika perlu, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA

Sumber :Gempak

PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Dih@lang Masuk Pasar Raya…Dr Say Perjelas Keperluan Sebenar Pemakaian Topeng Muka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*