Demm Pnas Aklbat Jangkltan Bakterla, Aaron Aziz Suruh Semua Orang Duduk Di Rumah

Aktor Datuk Aaron Aziz mendedahkan keadaan dirinya selepas berada dalam keadaan kurang sihat apabila mengalami demam panas.

Menurut Aaron, dia telah dijangkiti bakteria namun telah beransur pulih.

“Alhamdulilah jazakumullah khayran semua yang doakan. Rasa lebih baik sekarang. Demam panas yang sangat teruk menyerang satu badan.

“Betul takde daya nak bangun pun. Hairan jugak sempat memandu pergi hospital. Jangkitan bakteria itu katanya,” tulisnya di Instagram (IG)

Dalam pada itu, pelakon drama Jodoh-jodoh Annisa turut berpesan kepada orang ramai supaya terus berada di dalam rumah sehingga Perintah Kawalan Pergerakan berakhir. 

“Kalau yang ‘lockdown’ boleh jatuh sakit apa lagi yang kat luar tu. Jadi tolong tinggal di rumah.

“Penghargaan kepada semua barisan hadapan. Terima kasih atas pengorbanan anda hanya Allah saja yang dapat membalasnya. Terima kasih @diyanahalik masak sup mee,” tulisnya lagi.

Sekadar info, Malaysia terpaksa akur selepas kes COVID-19 kini mencecah 1518 orang dengan 14 rekod kematian.

Daripada jumlah tersebut, seramai 1345 orang sedang dirawat di hospital, manakala 159 orang telah pun pulih.

Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan perkara yang boleh mencegah COVID-19!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA

Sumber :Gempak

PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Demm Pnas Aklbat Jangkltan Bakterla, Aaron Aziz Suruh Semua Orang Duduk Di Rumah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*