“Comelnya Masing-Masing” Tomok, Akim, Hazama Dan Black Ajak Duduk Rumah Dengan Lagu Didi Dan Friends!

Empat penyanyi popular, Tomok, Akim, Hazama dan Black mengajak orang ramai untuk sentiasa berada di dalam rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang dilaksanakan sehingga 31 Mac ini.

Mereka telah menyanyikan lagu Didi & Friends yang diubah liriknnya dengan kata-kata mengajak rakyat Malaysia untuk mematuhi arahan kerajaan.

Keempat penyanyi itu juga telah berkongsi video nyanyian itu di akaun Instagram masing-masing.

“Kerajaan cakap duduk rumah, duduk rumah.

“PM cakap duduk rumah, duduk rumah.

“Polis cakap duduk rumah, duduk rumah.

“Askar cakap duduk rumah, duduk rumah.

“Cuba korang duduk rumah kejap, jangan nak merayap,” pesan mereka dalam lagu tersebut.

Kebanyakan netizen di ruangan komen berasa terhibur dan memuji kecomelan gelagat mereka yang turut menampilkan anak lelaki Tomok dan Black.

“Comelnya masing-masing!

“Tak faham lagi tak tahu lah.

“Siap buat lagu lagi, tak duduk rumah lagi tak tahu lah,” tulis netizen.

Sebagai rakyat Malaysia, mari kita sama-sama mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dari pihak kerajaan untuk  menghentikan penularan wabak COVID-19 dengan segera.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan menggunakan sabun selama sekurang-kurangnya 20 saat, pakai topeng muka ketika perlu, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA

Sumber :Gempak

PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Comelnya Masing-Masing” Tomok, Akim, Hazama Dan Black Ajak Duduk Rumah Dengan Lagu Didi Dan Friends!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*