Sudah masuk 17 tahun usia anak teruna Abby Abadi bersama bekas suaminya, Norman Hakim. Walaupun Abby dan Norman, masing-masing sudah berkahwin lain, ikatan kekeluargaan mereka semakin kukuh.
24 Mac merupakan ulang tahun kelahiran Danish Hakim yang ke-17 dan pastinya dia menerima ucapan-ucapan daripada ibu bapanya di media sosial.
“Sanah Helwah Abang Danish Hakim yg ke 17. Semoga terus menjadi anak yg beriman dan beramal soleh serta handsome sampai bila-bila, okay.
“Mama sayang Abang sangat tau! Sayang sangat-sangat dunia akhirat. Abang kena tahu tu. Tiap-tiap hari dah Mama bebel kat Abang macam-macam, bila nak tulis kat sini, Mama dah tak reti dah nak susun ayat.. blur tiba-tiba,” catat Abby Abadi di Instagram miliknya.
Abby berpesan agar anak terunanya menjadi hamba Allah yang sebenar-benarnya, menjadi cucu, anak, abang, pelajar, sahabat yang bertanggungjawab pada agama dan seisinya.
“Jaga adik-adik. Jangan bagi org lain buat pelik-pelik kat dorang tau. Hidup biar bermanfaat pada org lain. Itu yg terbaik. Love you Abang lillahitaala.
“Orang lain ada gambar Abang dari kecik sampai sekarang, Mama advance sebab ada dah gambar Abang berjambang hahaha. tulah siapa suh gatai selalu main handphone Mama, jadi banyaklah modal Mama dalam ni.
“Tapi Mama pelik apasal muka Abang kalau berjambang cam ada iras artis yang nama Norman Hakim tu ekk??? Mama tak minat dia pun. Cane tah buleh terkenannnn!!” seloroh Abby.
Hasil perkahwinan dengan bekas suami Norman Hakim, mereka dikurniakan dengan tiga cahaya mata, Mohd Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM
Sumber : gempak
PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Be the first to comment on "“Apasal Muka Abang Berjamb@ng Iras Norman Hakim Tu Ek Mama Tak Minat Dia Pun” C0mel Ucapan Abby Untuk Danish"