Turut Tanggung Risik0 C0vid-19, ‘Cleaner’ Antara Wira Tak Didendang Negara

Covid-19 yang melanda negara kita sememangnya sangat menakutkan. Kes positif Covid-19 dilaporkan telah melebihi angka 1,000 orang dengan 8 kematian dicatatkan sehingga semalam.

Barisan frontliner, pengawai polis dan petugas kesihatan juga sudah menjadi mangsa wabak maut ini, sedangkan mereka adalah insan-insan yang berjuang untuk membantu memberikan perkhidmatan rawatan kepada para pesakit.

Sapu sisa klinikal bahaya

Selain daripada mereka, insan yang turut sama berjuang menjadi orang hadapan dalam menangani isu Covid-19 ini sudah tentu mereka yang bekerja dalam sektor pembersihan.

Menerusi satu perkongsian di Twitter, seorang pengguna telah menyatakan rasa penghargaannya kepada para pekerja kebersihan terutamanya di hospital berikutan mereka juga terdedah secara dekat dengan bahaya Covid-19.

Semoga mereka diberi perlindungan

Dalam video yang disertakan, jelas seorang cleaner sedang membersihkan sisa klinikal di kawasan saringan pesakit suspek Covid-19 seusai petugas-petugas kesihatan menyelesaikan pekerjaan mereka walaupun sudah larut malam.

Perkongsian yang mendapat lebih daripada 8,000 tanda suka itu turut menghadirkan pelbagai komen. Rata-rata warganet mengucapkan terima kasih serta berharap agar mereka juga diberi kesihatan dan terlindung daripada Covid-19 ini.

Terima kasih  unsung hero!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber : Farihin Mandagie

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Turut Tanggung Risik0 C0vid-19, ‘Cleaner’ Antara Wira Tak Didendang Negara"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*