Shuk Dan Shuib Berbalas F0to ‘Lucu’ Di Instagram Undang Gelak Ramai

Rakan selebriti popular, Shuk Sahar dan Shuib Sepahtu sudah tidak perlu diperkenalkan lagi kerana mereka juga sangat rapat sebagai penyampai radio di tempat yang sama iaitu di stesen radio, Hot FM.

Shuk Sahar dan Shuib Sepahtu bersama-sama menceriakan pendengar radio berkenaan terutama dalam mengendalikan program Geng Pagi Hot (GPH). Walau bagaimanapun, bukan mereka berdua saja, malah ia merupakan gandingan daripada tiga penyampai radio yang turut bersama Fizie.

Acap kali, pendengar dapat mendengar telatah mereka yang turut dikongsikan menerusi laman Instagram.

Terbaru, sempena ulang tahun kelahiran rakannya itu, Shuib Sepahtu menerusi Instagram memuat naik ucapan khusus.

Walau bagaimanapun, foto dikongsikan itu mencuit hari ramai apabila kelihatan perut bulat Shuk sehingga mengundang ramai gelak besar dan dalam pada masa yang sama, Shuib turut menulis hashtag birthday boy buat Shuk.

“Bila terlalu ‘Stay at home’…” tulisnya juga dalam perkongsian berkenaan.

Pun begitu, tidak disangkakan, dua pelawak ini sempat berbalas foto lucu yang dimuat naik menerusi laman Instagram milik mereka sehingga membuatkan ramai terhibur.

Manakan tidak, Shuk mahupun Shuib turut menulis kapsyen lucu di posting mereka dan menerima pelbagai maklum balas lucu daripada netizen dan rakan selebriti yang terhibur dengan gelagat sempoi mereka.

“Terima kasih sebab duduk kat rumah”

 

View this post on Instagram

 

#kitajagakita #jagajaga #BeSafe #HandSanitizer @shuk_hotfm @hotfm976 #gph

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu) on


“Saya bingung napa masih ada x reti duduk umah!!”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shukri Sahar (@shuk_hotfm) on


Reaksi ramai di perkongsian Shuib 

Ramai turut gelak besar di posting Shuk

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: Instagram Shuib SepahtuShuk Sahar

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Shuk Dan Shuib Berbalas F0to ‘Lucu’ Di Instagram Undang Gelak Ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*