Sharifah Sakinah Kongsi Detik Cem@s Anak 70Peratus Mungkin Covid-19, Hospital Pun Tak Terima

Covid-19 boleh dijangkiti sesiapa sahaja dan setakat ini telah meragut 8 nyawa di negara ini. Kes yang mencecah 1183 membuatkan ramai yang panik apabila ada ahli keluarga atau diri sendiri mempunyai simptom virus ini. Pelakon Sharifah Sakinah berkongsi detik cemas apabila anaknya Anais Adha menunjukkan simptom membimbangkan.

Berkemungkinan besar dijangkiti

Menurut Sakinah, Anais menunjukkan tanda-tanda dan berkemungkinan 70% dijangkiti virus berkenaan membuatkan kebanyakan hospital tidak mahu menerima kesnya.

Anais mengalami sakit tekak, batuk dan demam. Kami bawa dia ke beberapa hospital swasta sekitar Kuala Lumpur tapi semuanya tidak mahu menerima.

Dia 70% berkemungkinan dijangkiti Covid-19 berdasarkan simptom dialami, tambahan pula ayahnya seorang juruterbang.

Negatif Covid-19

Sakinah membawa anak sulungnya itu ke sebuah hospital swasta dan menerima keputusan ujian kelmarin (Jumaat) setelah ke sana 2 hari lalu.

Kami lakukan ujian saringan dan swab. Semalam kami terima kepusan ujian dan alhamdulillah, negatif.

Dalam pada itu, pelakon Girlfriend Aku Dari Neraka berkenaan sempat menasihatkan pengikutnya supaya mematuhi arahan kawalan pergerakan oleh kerajaan sehingga 31 Mac ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: Sharifah Sakinah

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Sharifah Sakinah Kongsi Detik Cem@s Anak 70Peratus Mungkin Covid-19, Hospital Pun Tak Terima"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*