Safawi Rasid Tvnjuk Aksl ‘Tlmbang Tisu’ Dalam Cab@ran ‘Stay At H0me’

Siapa tak kenal Pemain Paling Bernilai Negara, Safawi Rasid yang baru-baru ini terpalit kontroversi isu percintaannya sehingga menjadi bualan netizen.

Setidaknya, hal peribadinya itu sedikit sebanyak tenggelam sebentar ketika orang ramai mula beralih arah menumpukan perhatian kepada perkembangan ancaman penularan wabak COVID-19 dalam negara.

Sedar tak sedar, Perintah Kawalan Pergerakan yang diarahkan kerajaan sudah pun memasuki hari keempat. Dan sama seperti kebanyakan orang lain, golongan atlet tidak terkecuali wajib mematuhi perintah tersebut.

Dalam laman Instagramnya semalam, Safawi tampil dengan melakukan cabaran ‘Stay At Home’ — dengan melakukan aksi ‘timbang tisu’ bersama adiknya yang juga pemain JDT III, Alfi Rasid.

 

View this post on Instagram

 

Never rest! #stayathome #coronaout🦠 #siblingchallenge @safawirofficial

A post shared by SAFAWI RASID (@safawirasid29) on


Kemahiran menimbang dua adik beradik itu dilihat cukup baik, memandangkan Safawi sendiri pernah bergelar pemain skuad sepak takraw negeri Terengganu ketika di sekolah rendah.

Dalam tempoh beberapa jam sahaja, klip video pendek itu mendapat hampir 311, 492 tontonan setakat ini.

Cabaran ‘timbang tisu’ menjadi trending dalam kalangan pemain bola sepak, susulan penangguhan saingan liga di kebanyakan negara termasuk Malaysia.

Ia dikatakan tercetus sebagai mengisi masa lapang, ketika perintah kawalan pergerakan susulan kebimbangan mengenai penularan COVID-19.

Antara pemain ternama dunia yang telah melakukan Cabaran ‘Stay At Home’ termasuklah bintang Barcelona, Lionel Messi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: lobak merah

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Safawi Rasid Tvnjuk Aksl ‘Tlmbang Tisu’ Dalam Cab@ran ‘Stay At H0me’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*