Puluhan Ribu Penganut Syiah Iraq Ingk@r Perlntah Berkurung, Banjlri Mak@m Musa Al-Kadhim

Disebabkan COVID-19, hampir kebanyakan negara di seluruh dunia kini telah melaksanakan perintah berkurung, menyekat dan mengawal pergerakan rakyat masing-masing daripada berkeliaran dan terus menyebarkan virus berbahaya tersebut.

Seperti yang kita mungkin telah sedia maklum, sebelum ini terdapat warga Itali sendiri mendedahkan apa sebenarnya yang berlaku — sehingga negara itu terpaksa bergelut untuk menamatkan ancaman COVID-19.

Puncanya, mereka degil dan tidak mengendahkan perintah kerajaan agar rakyat duduk di rumah masing-masing. Lalu, terjadilah malapetaka besar seperti apa yang kita lihat ketika ini — apabila angka kematian di negara itu melepasi angka kematian di China sendiri!

Bagaimanapun, ia tidak hanya berlaku di Itali. Di Iraq misalnya, Arab News melaporkan puluhan ribu penganut Syiah di negara itu dikatakan mengingkari perintah berkurung dan keluar berarak menuju ke makam Musa Al-Kadhim di tengah-tengah Baghdad.

Ia sempena memperingati ulangtahun kematian imam mereka.

Bagaimanapun, kesemua mereka hanya berkumpul di luar dan pihak berkuasa tidak membenarkan mereka masuk ke dalam makam tersebut.

Upacara kali ini juga tidak disertai oleh warganegara Iran seperti tahun-tahun sebelumnya, selepas Iraq bertindak menyekat sebarang perjalanan keluar masuk dari Iran bulan lalu — bimbang mengenai potensi kebanjiran rakyat negara itu yang mahu mengunjungi makam terbabit.

Ulama Syiah terkenal Iraq, Ayatollah Ali Sistani turut menggesa rakyat Iraq agar tidak menghadiri sebarang upacara keagamaan dalam jumlah yang ramai — namun ia tidak diendahkan.

Pihak berkuasa Iraq ketika ini masih berdepan kesukaran untuk melaksanakan perintah kawalan pergerakan di lebih separuh daripada keseluruhan 18 wilayah di negara itu, ketika jumlah jangkitan COVID-19 meningkat kepada 214 kes.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: lobak merah

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Puluhan Ribu Penganut Syiah Iraq Ingk@r Perlntah Berkurung, Banjlri Mak@m Musa Al-Kadhim"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*