“P0lis, T3ntera Kawal Pasar Dan Pasar Raya, Mas0k Berperingkat Elak Ses4k” Ismail Sabri

ANGGOTA keselamatan akan mula berkawal di kawasan pasar dan pasar raya seluruh negara selepas pemeriksaan mendapati orang ramai masih memenuhi premis berkenaan.

Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob berkata, selain polis dan tentera, pemantauan juga akan melibatkan anggota Pihak Berkuasa Tempatan mengikut daerah masing-masing.

Katanya, setakat ini, pemeriksaan yang dijalankan mendapati pelanggan bersesak memasuki ke premis berkenaan walaupun ketika ini negara menetapkan Perintah Kawalan Pergerakan susulan wabak Covid-19.

“Orang ramai juga gagal jarakkan diri satu meter antara satu sama lain dalam premis berkenaan, jadi kita nasihatkan supaya renggangkan pergerakan.

“Mungkin akan dilaksanakan peraturan untuk memastikan kemasukan secara berkumpulan supaya tidak bertumpu serentak kerana ia membahayakan,” katanya pada sidang media pada petang Ahad.

Sidang media itu diadakan selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di Putrajaya.

Kata Ismail Sabri lagi, kehadiran anggota tentera adalah untuk membantu pihak polis menjalankan tugas mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit.

Malah, beliau menyangkal berita yang disebarkan mengenai anggota tentera yang akan melakukan kawalan menggunakan kereta kebal.

Selain itu, katanya, mesyuarat pagi Isnin akan membincangkan kadar harga siling untuk topeng muka di pasaran negara.

“Perdana menteri sendiri tidak setuju ia dijual pada harga RM2 kerana terlalu tinggi, jadi kita akan bincangkan nanti untuk parasnya diturunkan,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“P0lis, T3ntera Kawal Pasar Dan Pasar Raya, Mas0k Berperingkat Elak Ses4k” Ismail Sabri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*