Kej@m “0rang Lain Sibvk Pasal C0vid-19, Kau Sibvk Bvang Ayah Sendiri”

Sedang negara kita sibuk dengan wabak Covid-19 yang semakin hari semakin membimbangkan, ada berita kurang enak yang dilaporkan di laman Facebook apabila polis rondaan dilaporkan telah menemui seorang warga emas yang terbiar di bahu jalan Kota Kemuning, Selangor.

Menurut status yang dimuat naik oleh Aman Shah II, pihak polis yang membuat rondaan Perintah Kawalan Pergerakan terkejut apabila menemui seorang warga emas terbaring di tepi jalan. Menurut kenyataan tersebut, warga emas tersebut turut mengalami stroke.

Selepas diperiksa, pihak polis telah menemui ubat yang dikatakan adalah ubat stroke oleh warga emas tersebut. Namun, setelah diselidik oleh pegawai perubatan, rupa-rupanya ubat tersebut adalah ubat tidur dan bukannya ubat stroke seperti yang dinyatakan.

Kini warga emas tersebut dilaporkan telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. Terima kasih abang polis!

Post yang dimuat naik oleh Aman Shah II ini tular di laman Facebook dan mendapat reaksi marah netizen yang kurang senang dengan kejadian ini.

“Tiada lagi sifat kasih sayang”

“Bapa aku pun kena stroke…”

“Anjing yang kita pelihara lebih bagus”

Diharapkan warga emas ini bukanlah ditinggalkan oleh anak sendiri seperti yang dilaporkan. Kadang-kadang ada juga warga emas yang nyanyuk dan suka lari daripada rumah sendiri. Semoga semuanya selamat sahaja!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: lobak merah

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Kej@m “0rang Lain Sibvk Pasal C0vid-19, Kau Sibvk Bvang Ayah Sendiri”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*