“Isteri Sedih Tapi Kami Tak Mampu Mel4wan Ketentuan Ini” Ezad Lazim Tangg0h Majlis Bersanding Kali Kedua

HASRAT penyanyi Ezad Lazim dan isteri, Zeana Ramli untuk bersanding kali kedua terpaksa ditangguhkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Meskipun bersedih terpaksa menunda majlis tersebut, Ezad berkata dia percaya ada hikmah di atas apa yang berlaku.

“Niat nak meraikan ulang tahun perkahwinan ketujuh kami nampaknya tak kesampaian kerana penularan wabak Covid-19 ini.

“Tapi apa nak buat, kita hanya mampu merancang selebihnya tuhan tentukan, persiapan semua memang dah siap! Isteri pada awalnya bersedih tapi akhirnya kita tak mampu melawan ketentuan ini.

“Saya percaya ada hikmah lain… Mudah-mudahan ada sesuatu yang baik selepas ini. Sekarang ini kami habiskan masa bersama keluarga, mengemas rumah!,” katanya.

Ezad dan isteri sambut ulang tahun perkahwinan ke-7 pada 30 Mac ini.

Baru-baru ini, penyanyi lagu Demi Cinta itu mengumumkan bakal bersanding sekali lagi dengan isteri di sebuah premis acara di Petaling Jaya pada 29 Mac depan.

Majlis persandingan itu serentak dengan perasmian perniagaan berkaitan perancang perkahwinan yang diusahakan Ezad bersama isteri.

Ditanya tarikh baharu majlis mereka itu, Ezad berkata semuanya bergantung kepada keadaan semasa.

“Tarikh baharu tak tahu lagi, bergantung keadaan semasa sehingga Covid-19 ini dah pulih.

“Apa yang penting semua orang jaga diri, jaga kesihatan… apabila keadaan sudah kembali okay kita nak kerja pun hati rasa senang,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Isteri Sedih Tapi Kami Tak Mampu Mel4wan Ketentuan Ini” Ezad Lazim Tangg0h Majlis Bersanding Kali Kedua"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*