“Duit Waktu Ni B0leh Jadi S@ham Akhlrat” Ustaz Ebit Lew Beli 10,000 T0peng Muka Untuk Disedekahkan

Tidak dinafikan, teramat susah nak dapatkan walau sekeping topeng muka di farmasi sekarang ni. Kalau bernasib baik jumpa, harganya mungkin tak masuk akal.

Tapi dalam keadaan terdesak disebabkan oleh darurat kesihatan ketika ini, ada yang sanggup membayar lebih — asalkan dapat memberi perlindungan tambahan kepada diri dan keluarga masing-masing.

Menyedari keperluan topeng muka dalam situasi genting disebabkan penularan COVID-19, Ustaz Ebit Lew yang terkenal dengan kerja-kerja amalnya mendampingi anak-anak muda di jalanan — tampil melaksanakan tanggungjawab sosial kepada orang ramai.

Dalam perkongsian di laman Facebooknya semalam, Ustaz Ebit memuatnaik sekeping gambar menunjukkan beliau sedang memasukkan sekotak topeng muka ke dalam plastik untuk diagihkan kepada masyarakat yang memerlukan.

Katanya, selepas puas bertanya dan mencari bekalan topeng muka tersebut — beliau akhirnya berjaya membeli 10,000 masks dari beberapa individu yang menjual walaupun harganya sedikit mahal dari kebiasaan.

“Duit waktu ni boleh menjadi saham akhirat. Ya Allah terimalah semuanya jadi asbab kebaikan dan hidayah. Dan sihatkan semua kawan-kawan saya di semua hospital dan bantulah kami semua ya Allah.”

Kesemua topeng tersebut telah pun diedarkan ke beberapa lokasi menggunakan perkhidmatan rider. Perkongsian Ustaz Ebit ini mendapat perhatian dengan lebih 41k likes dan 2k komen dari para netizen, yang rata-ratanya memuji tindakan mulia beliau.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber: lobak merah

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Duit Waktu Ni B0leh Jadi S@ham Akhlrat” Ustaz Ebit Lew Beli 10,000 T0peng Muka Untuk Disedekahkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*