D0ktor Jadi Mngsa Ke-9 Terk0rban Aklbat C0vid-19 Di Malaysia

Hari ini, pertambahan angka kematian berkaitan wabak Covid-19 nampaknya semakin meningkat apabila pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan perkara itu sebentar tadi.

Lebih menyedihkan, kematian ke-9 ini adalah dalam kalangan petugas KKM sendiri yang berusia 48 tahun dan juga seorang warganegara.

Seorang petugas KKM

Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke negara Turki. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar pada 17 Mac 2020 setelah mengalami simptom Severe Acute Respiratory Infection.

Beliau telah disahkan positif COVID-19 pada 18 Mac 2020 dan diberikan bantuan alatan pernafasan sejak 19 Mac 2020 setelah keadaan kesihatan beliau merudum. Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 10.33 pagi, 22 Mac 2020.

Laporan tersebut telah dimuat naik oleh KKM di Facebook rasmi mereka dan hal itu tentunya memberi khabar duka buat Malaysia setelah merekodkan pertambahan yang agak mendadak semalam.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA

Sumber : KKM

PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "D0ktor Jadi Mngsa Ke-9 Terk0rban Aklbat C0vid-19 Di Malaysia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*