“Benda Saya Paling Tak0t Terjadi Juga” Bapa Saudara Muaz Mohamed K0rban ke-7 Aklbat C0vid-19

PENYAMPAI radio Kool FM, Muaz Mohamed memaklumkan bapa saudaranya Idris Atan menghembuskan nafas terakhir pada Sabtu akibat jangkitan Covid-19.

Perkara itu disahkan oleh Muaz atau nama sebenar Muazanazzudin Mohamed, 36, menerusi aplikasi Whatapps kepada mStar.

Muaz berkata dia terkejut dan masih tidak percaya jangkitan virus tersebut meragut nyawa bapa saudaranya sepantas ini.

“Benda yang saya paling takut, terjadi juga, Pak Uda saya iaitu Idris Atan telah pergi selamanya.

“Kami sekeluarga masih terkejut dengan apa yang berlaku, begitu cepat virus covid ini merebak.

“Moga Mak Uda, Kak Long, Angah dan Lokman kuat dalam menghadapi dugaan yang getir ini… Ya Allah berilah kekuatan kepada mereka,” katanya.

Sebelum itu, Muaz berkongsi info di laman Facebook miliknya.

Dalam pada itu, Muaz turut memuat naik paparan skrin mesej di laman sosial yang dihantar oleh sepupunya memaklumkan mengenai berita sedih tersebut.

Idris yang menetap di Kuala Lumpur dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak Rabu lalu.

Sementara itu, Muaz mendoakan semoga roh bapa saudaranya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang beriman.

“Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya.

“Berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman… Al-Fatihah,” ujarnya.

Anak mangsa, Syahirah Idris berkongsi maklumat mengenai bapanya di laman Twitter.

Difahamkan kematian Idris direkodkan sebagai korban ketujuh di Malaysia akibat Covid-19.

Sementara itu berdasarkan info terkini daripada Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham menerusi Facebook, kes kematian ketujuh (kes-290) adalah melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 57 tahun.

Kata Noor Hisham mangsa mempunyai sejarah perjalanan ke Vietnam dan kontak dengan kes positif COVID-19 dari kluster tabligh.

Mangsa dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac 2020 setelah mengalami gejala demam, batuk dan sakit tekak selama seminggu.

Keadaan kesihatan mangsa kemudiannya merosot sehingga memerlukan bantuan pernafasan pada keesokan harinya.

Dia disahkan meninggal dunia pada jam 3.22 petang pada 21 Mac 2020.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KL MEDIA

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak @KL MEDIA tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @KL MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Benda Saya Paling Tak0t Terjadi Juga” Bapa Saudara Muaz Mohamed K0rban ke-7 Aklbat C0vid-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*