Apa Ni Lofa? Neelofa Dikec@m Setuju Minum Alr Pans Boleh Bunvh Covid-19

Wabak COVID-19 kini semakin mencapai paras membimbangkan di Malaysia. Sehingga semalam (ketika artikel ditulis), 1183 kes dilaporkan positif dan angka kematian melonjak hingga lapan mangsa. Hal ini menyebabkan ramai penduduk negara ini kian panik dengan situasi genting.

Mungkin disebabkan risau, segelintir rakyat meletakkan kepercayaan secara membabi buta mengenai kaedah rawatan virus ini. Ada yang percaya kenyataan yang mengatakan pengambilan ikan singgang dapat menghalang COVID-19 daripada terus merebak meskipun tiada bukti di sebaliknya.

Mengejutkan apabila Menteri Kesihatan yang baru sahaja dilantik iaitu Dr Adham Baba telah menegaskan bahawa meminum air bersuhu tinggi dapat membunuh COVID-19.

Katanya, air yang diminum akan menolak virus itu turun daripada oesophagus, seterusnya asid di perut akan membunuhnya.

Pun begitu, mitos tersebut telah pun disangkal Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menjelaskan bahawa air bagus untuk menghidratkan badan, namun tidak boleh menyahaktifkan virus termasuklah COVID-19.

Bahkan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sendiri telah menolak kenyataan mengarut Adham Baba ini.

Walaupun menerima kritikan ramai netizen, pelakon Neelofa memuat naik entri di Twitter dan menyetujui kenyataan Adham Baba itu.

Menurut Neelofa, dia bersetuju dengan sebahagian daripada kenyataan Menteri Kesihatan di mana pengambilan air yang banyak adalah penting untuk mengekalkan kesihatan yang sihat.

Namun, ayatnya yang mengatakan bahawa semua rakyat akan mengambil apa sahaja petua dalam masa genting ini supaya dapat mengurangkan risiko dijangkiti virus telah menimbulkan rasa kurang senang sesetengah netizen. Mereka menyelar selebriti itu kerana mempercayai mitos seperti ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @KLM

Sumber:Cari

PERHATIAN: Pihak KLM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLM juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Apa Ni Lofa? Neelofa Dikec@m Setuju Minum Alr Pans Boleh Bunvh Covid-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*